Blurb Langit Yang Kurindu
Kembar tiga yang sentiasa ada untuk satu sama laia, Naqyl Haffaz, Naqyl Hayder dan Naqyla Humaira. Tanpa pergaduhan kecil dan kemaafan, hubungan mereka tidak akan seindah yang dilalui.
Umur mereka semakin meningkat danhal jodoh yang sering
dibangkitkan oleh orang tua mereka. Kalut? Sudah semestinya, kerana hanya seorang daripada mereka yang mempunyai pasangan manakala dua lagi masih sibuk dengan urusan kerja.d Jodoh itu rahsia Allah. Segala-galanya hadir tanpa diduga.
Penolakan dan penerimaan bersilih ganti untuk mencari pasangan yang tepat.
“Aku terpaksa melakukan semua ni... demi menyelamatkan kau. kalau kau mahu aku bertanggungjawab atas apa yang berlaku, maka kita tiada pilihan. Kita berdua.. harus berkahwin!” - Naqyl Haffaz
I minta maaf sebab bersikap macam ni. I rasa tak matang. I tak patut halang you daripada semua tu.” - Naqyl Hayder
“Berikan saya satu bukti yang menunjukkan kehadiran saya ni.
”Penting untuk awak.” - Naqyla Humaira
Sejauh mana pun langkah mengejar, jika takdir telah tertulis bukan miliknya, pasti tidak akan bersatu Namun doa tetap menjadi penguat yang mampu menundukkan takdir.
Buy Now